Pisang

Pisang merupakan salah satu dari buah-buahan yang mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Ini disebabkan oleh kandungan karbohidratnya yang tinggi. Ada berbagai-bagai jenis pisang dan yang sering dimakan adalah pisang emas, pisang berangan, pisang embun, pisang raja, pisang abu dan banyak lagi.
Oleh kerana kandungan potasiumnya yang tinggi maka ia baik untuk diamalkan oleh penghidap hipertensi dan ketika terkena cirit-birit. 
Disebabkan kandungan potasiumnya yang tinggi pisang tidak sesuai diambil bagi pesakit buah pinggang.
Dengan menjadikan pisang sebagai diet harian anda, ianya dapat merawat atau mencegah dari:

penyakit jantung
hipertensi
strok
kanser
sembelit

selain dimakan begitu sahaja pisang juga sangat sedap dijadikan jus.

Resepi jus pisang yang sihat

Bahan-bahannya:
  • pisang (pisang berangan/pisang emas dll)
  • Segelas air
  • Sedikit gula/madu
  • Ais
Cara-caranya:
  • Buang kulit pisang
  • Hiris kecil-kecil
  • Kisar pisang dengan mesin pengisar bersama segelas air dan sedikit gula/madu
  • masukkan ke dalam gelas
  • Kacau dengan sudu
  • Masukkan ais
nikmatttttttttttttttttttttttttttt